Monday, December 29, 2014

PENDAFTARAN DAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2015

Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2015 telah diadakan pada hari ini iaitu 29 Disember 2014 ( Isnin ) bertempat di Dewan Wawasan SK (P) Treacher Methodist, tepat jam 8.30 pagi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar, Pn. Juriah bt Abu Bakar serta sesi perkenalan dengan guru kelas Tahun 1 2015. Tepat jam 9.00 pagi, murid - murid Tahun 1 terus bergerak ke kelas untuk menjalani Ujian Diagnostik dan aktiviti di dalam kelas dan dalam masa yang sama ibu bapa diberi taklimat oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sekolah dan Klinik Pergigian Bahagian Sekolah. Semoga murid - murid Tahun 1 ini gembira dan suka untuk datang ke sekolah.
















No comments:

Post a Comment