PELAPORAN PBS MURID

Pendahuluan
Jawatankuasa PBS SK (P) Treacher Methodist, Taiping telah mencipta satu inovasi berkaitan penyediaan Pelaporan PBS Individu Murid. Memandangkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah           ( SPPBS ) telah dimansuhkan dan murid perlu membawa balik banyak helaian keputusan peperiksaan mereka, maka satu inovasi telah diwujudkan di mana setiap murid akan menerima satu sijil di mana di dalam sijil tersebut mengandungi semua pencapaian band mengikut mata pelajaran serta markah sumatif dan gred. Rasionalnya, keputusan ini mudah difahami oleh murid dan ibu bapa dan secara tidak langsung ia memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang sistem pentaksiran PBS ini.

Penyediaan Pelaporan PBS­­
Penyediaan Pelaporan PBS ini ada beberapa langkah penting yang perlu diambil kira iaitu :



a. Mengumpul keputusan band akhir murid

Seperti yang kita sudah maklum, Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid ( Tahap 1 ) dan Pelaporan Sumatif Offline ( Tahap2 ) tiada rumusan untuk band akhir murid. Sumatif Offline ini cuma mengandungi band yang dicapai mengikut kemahiran sahaja. Maka, situasi ini agak menyukarkan ibu bapa untuk mengetahui band akhir yang telah diperoleh oleh anak mereka. Namun, hanya ada 2 mata pelajaran yang ada Tahap Penguasaan Akhir ( Tahap 2 ) iaitu m/pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Islam. Oleh itu, pihak sekolah telah memutuskan untuk semua guru perlu mencari purata band untuk semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa perlu dikekalkan iaitu band untuk lisan/bacaan/tulisan. Sila lihat contoh berikut :


Mata Pelajaran            : Matematik




Band
Topik 1
Topik 2
Topik 3
Topik 4
Tambah semua band bahagi dengan 4 topik
5
6
4
5
20/4 = 5 ( Band Akhir )


         
         

b. Menanda band akhir secara manual di dalam borang khas ( Cuma perlu tanda √ )


Contoh                        : Mata pelajaran bahasa ( Tahap 1 )




    Contoh                        : Mata pelajaran selain bahasa ( sains – tahap 1 )


    Contoh                        : Mata pelajaran bahasa ( Tahap 2 )


Contoh                        : Mata pelajaran selain bahasa ( sejarah – tahap 2 )


c. Selepas band akhir telah diperoleh, ada 2 perkara penting yang perlu dilakukan oleh                Setiausaha PBS iaitu Analisis PBS dan Pelaporan PBS Murid.

 a.      Analisis PBS


Analisis PBS ini perlu dibentang di dalam mesyuarat pbs kali ke-4 ( akhir ). Analisis ini perlu disediakan dalam 2 bentuk iaitu secara kelas dan keseluruhan. Sudah tentu, analisis ini perlulah dalam bentuk peratus untuk mudah difahami oleh semua guru.



Analisis secara kelas ( letak nama kelas )

Analisis secara keseluruhan tahun  ( jika ada 5 kelas, perlu kira semua sekali )

            
b. Pelaporan PBS Murid

Langkah 1    :
Sediakan tapak sijil menggunakan Microsoft Word seperti contoh di bawah :


Langkah 2      :
Sediakan data mentah ( Microsoft Excel ). Dalam data mentah ini, masukkan semua item yang                       sama seperti yang dikehendaki seperti dalam sijil PBS di atas. Data mentah di bawah adalah                         sebahagian sahaja. Isi maklumat seperti di bawah untuk semua mata pelajaran.  



Item yang penting      : 
Nama murid, No. Mykid, Kelas, Markah Sumatif dan Gred, Band

Langkah 3      :

Bagaimana kita pastikan data mentah kita itu dapat masuk ke dalam tapak sijil kita tadi tanpa kita perlu         taip data tersebut satu persatu ? Langkah – langkah yang perlu diambil ialah :

 Pertama          :Buka tapak sijil yang telah siap tadi.
 Kedua             : Klik “ Mailings”


Ketiga              : Klik “ Select Recipients “

Keempat          : Selepas klik “ Select Recipients “ akan keluar paparan dan pilih                                                         “ Use Existing List “

Kelima            : Selepas klik “ Use Existing List “ akan keluar paparan  “ Select Data Source” dan                           cari data mentah ( Excel ) tadi.


Keenam          : Klik location anda simpan data mentah tadi. Saya letak data mentah saya di desktop dalam        folder taklimat PBS. Akan keluar paparan  “ Select Table “ seperti di bawah.
Ketujuh           : Selepas keluar paparan “ Select Table “ pilih kelas yang telah anda siapkan data                                       mentahnya tadi dan klik OK .Adalah lebih baik data mentah tadi diletak dalam tapak yang                             sama. Contohnya Sheet 1 ( 1 Arif )  dan Sheet 2 ( 1 Bestari ) dan seterusnya. Atau lebih                               mudah lagi, 1 tapak Excel untuk Tahap 1 dan satu tapak lagi untuk   Tahap 2. 

Kelapan          : Letak cursor di bahagian paling atas iaitu nama murid. Kemudian, klik “ Insert Merge                                 Field “ dan keluar paparan seperti  di bawah. Di dalam kotak tersebut adalah title semua                             data yang telah anda taip di dalam Excel tadi. Anda klik “ Nama Murid “. Anda boleh                               tengok hasil di Box 3 selepas title telah dipilih. Ulangi langkah di atas sehingga selesai                                     semua mata pelajaran. Box 4, selesai insert semua title.





Kesembilan                 : Selepas selesai masuk semua title seperti di atas, klik “ Preview Results "dan                                            sijil tadi akan kosong seperti di bawah. Jangan panik, terus klik arrow di sebelah                                          preview result dan akan keluar keputusan murid. Terus klik arrow kanan untuk                                              pastikan semua keputusan murid telah ada. 




Kesepuluh                   : Segala proses telah pun selesai. Cara untuk mencetak keputusan ini. Mudah                                                  sahaja. Klik “ Finish & Merge “ dan klik print document.


Kesebelas                    : Selepas klik “ print document “ akan keluar paparan  “ Merge to Printer “ seperti                                         berikut . Klik From 2 to murid yang terakhir. Jangan pilih All kerana anda akan                                         alami printed overload.


Kedua belas                : Untuk teruskan proses ini untuk kelas lain pula hanya klik “ Mailings “ ,                                                    “ Select  Recipients “ klik KELAS dan Klik OK. Cuma klik arrow kanan seperti                                     tadi dan akan keluar nama murid dan keputusannya. Terus cetak seperti cara di atas.



2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Sy cikgu sk dr Bentong Pahang. Boleh sy dapatkan tapak softcopy utk smua proses tu tak? Kalau x keberatan utk share.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete