SEJARAH SEKOLAH



            Detik permulaan Sekolah Treacher Methodist pada tahun 1899 ketika Kerajaan Negeri Perak mengelolakan sebuah Sekolah Perempuan yang mengandungi lapan orang murid dalam daftar. Pada tahun 1899 Kerajaan Negeri Perak mula menghadapi kesulitan membiayai sekolah tersebut yang mempunyai bilangan murid seramai dua puluh dua orang . Setelah berkali-kali diadakan perundingan  antara Puan William  Treacher, isteri Tuan Residen British Negeri Perak dengan Boshop James Thoburn, sekolah ini diserahkan kepada pihak berkuasa Mubaligh Gereja pada 4 Mei 1899.

            Puan Mary Carr Curtis, isteri seorang mubaligh Methodist di Pulau Pinang di lantik sebagai Guru Besar yang pertama. Jumlah murid pada tahun 1899 ialah dua puluh lapan orang. Cik Palmer, dari Bangalore menjadi guru pada bulan Oktober tahun 1900. Puan Curtis bersara dalam bulan Julai tahun 1901.

            Cik Mary Cody menjadi Guru Besar pada bulan Julai tahun 1901. Sebuah asrama telah dibuka pada bulan Februari tahun 1902 yang menampung seramai dua puluh lima orang murid dan guru. Sekolah diberi nama Lady Treachers Girls School – LTGS sempena jasa baik isteri Tuan Residen, Puan Treacher.

            Cik Eithel Jakson seorang Mubaligh dari Amerika Syarikat yang  mengambil alih jawatan Guru Besar pada tahun 1902. Hitung panjang murid pada masa itu ialah 41 orang dan darjah ditambahkan hingga ke darjah enam. Mata pelajaran yang diajar pada masa itu ialah  Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Geografi, Jahitan, menyanyi dan lukisan.

            Cik Toll dilantik sebagai Guru Besar pada bulan Mei 1905 – 1908 dan sekolah terus menuju ke arah kemajuan. Dari tahun 1908 hingga ke tahun 1934 seramai tujuh orang guru telah menjadi Guru Besar di sekolah ini mengikut Penggal masing-masing.

            Cik Della Olson menjadi Guru Besar Sekolah ini dua penggal, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1935 hingga ke tahun 1941 bagi penggal pertama dan pada tahun 1946 hingga 1952 bagi penggal kedua.

            Pada tahun 1935, Kerajaan Negeri Perak telah memberi peruntukan sebanyak
RM30,000. Bangunan-bangunan sekolah telah ditambah dan pengubahsuaian telah dibuat.

            Cik Helen Desjardins menjadi pemangku Guru Besar pada bulan Mei 1952 hingga bulan November 1953. Beliau mengelolakan Perpustakaan Sekolah, Persatuan Ibubapa dan guru dan juga Lembaga Pengawasan untuk memajukan lagi sekolah.

            Guru Besar tempatan yang pertama, Cik Flora R Knigh telah dilantik pada tahun 1953 sebaik sahaja beliau tamat kursus di Amerika Syarikat . Jumlah murid-murid pada tahun 1954 adalah seramai 1562 orang. Persatuan-persatuan dan Kelab-kelab dikelolakan untuk memupuk bakat dan minat murid-murid. Pada tahun 1957, sekolah dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat rendah dan menengah selaras dengan dasar pelajaran baru SRK (P) Treacher Methodist dan Sekolah Menengah Treacher Methodist di bangunan-bangunan dan tempat yang sama. Oleh kerana bilik-bilik darjah perlu ditambah, pejabat perlu diperbesarkan, kantin diubahsuai maka cadangan dibuat untuk membina bangunan-bangunan berasingan bagi Sekolah Rendah (P) Treacher Methodist. Upacara perletakan batu asas sekolah ini telah dilakukan oleh tuan Bishop R.F. Lundy pada tahun 1968 .


GURU BESAR-GURU BESAR SEKOLAH
LADY TREACHER GIRLS SCHOOL
DARI TAHUN 1899 – 1957

            1.         Puan Mary Carr Curtis            1899 – 1901
            2.         Cik Mary Cody                       1901 – 1902
            3.         Cik Eithel Jackson                 1902 – 1905
            4.         Cik Toll                                  1905 – 1908
            5.         Cik Thirza Bunce                    1908 – 1913
            6.         Cik Minnie Rank                     1914 – 1917
            7.         Cik Jennie Dean                     1918 – 1921
            8.         Cik Norma Graven                  1922 – 1923
            9.         Cik Lois Rea                          1923 – 1926
            10.       Cik Ruth Harvey                     1926 – 1928
            11.       Cik Norma Graven                  1929 – 1934
            12.       Cik Della Olson                      1935 – 1941
            13.       Puan Glory Jeymoney            1945 – 1946
            14.       Cik Della Olson                      1946 – 1952
            15.       Cik Helen Desjardins              1952 – 1953  (Pemangku  Guru Besar )
            16.       Cik F.R Knight                       1953 – 1957

           
            Pada bulan Ogos 1962 sebidang tanah seulas lima ekar dibeli di Jalan Lumba Kuda Lama. Kementerian Pelajaran telah meluluskan wang sebanyak $ 75 000  pada tahun 1966 dan pihak sekolah menengah telah menderma wang sebanyak $ 20 000 untuk membiayai pembinaan ini dan penyelenggaraan Sekolah S.R.K (P) Treacher Methodist ini.

            Sekolah ini siap dibina pada tahun 1969, mengandungi 18 buah bilik darjah sebuah pejabat, sebuah klinik pergigian , sebuah bilik rehat guru, serta sebuah kantin. Sekolah S.R. K (P)  Treacher Methodist mula digunakan pada tahun 1970. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman b. Yaakob, iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu pada 13 Februari 1970.

           
            Guru Besar- Guru Besar yang bertugas di sekolah ini mulai dari tahun 1970  ialah seperti berikut :-

            1.         Puan U Teck Hua                                1957 – 1976
            2.         Puan K.C Yeoh                                   1976 – 1976
            3.         Cik Phua Saw Saik PPN                     1976 – 1977
            4.         Cik Foo Kon Tai                                 1978 – 1984
            5.         Puan S.Rudra Deva                             1984 – 1988
            6.         Puan Ahsaniah bt Othman                  1989 – 1992
            7.         YM R.Jamaliah bt Raja Saigon          1992 – 1995
            8.         Puan Aini bt Abdul Karim                  1996 – 2002
            9.         Hjh Zaharah bt Ismail                         2002 – 2010
            10.       Puan Juriah Bt Abu Bakar                     2010 - 2016
            11.       Puan Hjh. Kasma bt Mohamad Saaid     2016 - sekarang