Thursday, March 20, 2014

KANGAROO MATH COMPETITON MALAYSIA 2014

Kangaroo Math Competition Malaysia 2014 telah diadakan di Dewan Wawasan SK (P) Treacher Methodist, Taiping. Seramai 18 orang murid yang telah menduduki ujian ini. Semoga semua murid yang terlibat memperoleh keputusan yang cemerlang.








Wednesday, March 19, 2014

LATIHAN KEBAKARAN

Satu latihan kebakaran telah diadakan pada 18 Mac 2014 ( Selasa ) yang lalu. Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Ibu Pejabat Bomba Cawangan Taiping telah dijemput untuk mengadakan latihan kebakaran ini. Pelbagai maklumat dan informasi telah disampaikan oleh pegawai bomba yang terlibat. Semoga segala informasi tersebut dapat membantu semua murid dan warga sekolah jika menghadapi situasi kebakaran yang tidak diduga.











































Tuesday, March 18, 2014

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT ZON KAMUNTING 2014

Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Kamunting 2014 akan diadakan pada 20 Mac 2014 ( Khamis ) bagi kategori perempuan  bertempat di SK Ayer Putih. Pihak sekolah telah menghantar satu pasukan bagi menyertai kejohanan ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Zon Kamunting 2014. Semoga pasukan sekolah dapat beraksi dengan cemerlang.

Perlawanan 1 : SK Klian Pauh vs SK Kamunting
Perlawanan 2 : SK Ayer Putih vs SK Long Jaafar
Perlawanan 3 : SK Kamunting vs SK Ulu Sepetang
Perlawanan 4 : SK Long Jaafar vs SK (P) Treacher Methodist, Taiping
Perlawanan 5 : SK Ulu Sepetang vs SK Klian Pauh
Perlawanan 6 : SK (P) Treacher Methodist  vs SK Ayer Putih

Saturday, March 15, 2014

PERLAWANAN BOLA BALING PERSAHABATAN ANTARA MURID SK TAIPING DAN SKPTM

Pada 14 Mac 2014 ( Jumaat ) yang lalu telah diadakan perlawanan bola baling persahabatan antara Pasukan Bola Baling Sekolah dan Pasukan SK Taiping. Pasukan SK Taiping telah menjaringkan sebanyak 5 gol manakala sekolah kita telah memperoleh 3 gol.. Semoga melalui perlawanan ini dapat meningkatkan kemahiran dan skil permainan yang lebih memberangsangkan pada perlawanan yang sebenar pada masa akan datang.

Monday, March 10, 2014

UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 ( PSIKOMETRIK )

Ujian Aptitud Am Tahun 3 ( Psikometrik ) telah diadakan pada 3 Mac 2014 ( Isnin ) bertempat di Dewan Sekolah SKPTM. Ujian dijalankan selama 2 jam. 80 soalan perlu dijawab oleh murid iaitu 30 soalan Bahasa Melayu, 30 soalan Bahasa Inggeris dan 20 soalan Matematik.