Saturday, July 26, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP BULAN DAKWAH 2014M/1435H

Majlis Khatam Al - Quran dan Penutup Bulan Dakwah telah diadakan dengan jayanya pada 25 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 1435H bertempat di Dewan Wawasan SKPTM. Majlis ini dimulai dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Khairol Ikhwan bin Mohd Yusof dan diikuti oleh murid - murid yang telah khatam Al-Quran seramai 19 orang. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Shahrol Azmi bin Jumari ( Penolong Pegawai Pendidikan Daerah - Unit Pendidikan Islam j-QAF ). Majlis juga diserikan dengan kehadiran Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa murid yaang menerima sumbangan hari raya dari pihak sekolah. Semoga majlis ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada semua murid dan warga sekolah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.