Saturday, January 31, 2015

KURSUS LADAP KLINIK HOKI

Kursus LADAP Klinik Hoki telah diadakan pada 31 Januari 2015 ( Sabtu ) bertempat di Padang Sekolah SKPTM. Kursus ini telah dianjurkan oleh Kelab Hoki sekolah dengan kerjasama semua guru dan murid.











Tuesday, January 27, 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2015

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah sempurna dijalankan pada tanggal 26 Januari 2015 ( Isnin ) bertempat di Dewan Wawasan SKPTM. Majlis ini juga telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn. Sharifah Laila bt Syed Abdullah .Beliau merupakan Pegawai Fasi LINUS Pejabat Pendidikan Daerah LMS merangkap Penghulu bagi sekolah ini.











Sunday, January 25, 2015

PROGRAM MOTIVASI DAN KEPEMIMPINAN 2015

Program Motivasi dan Kepemimpinan 2015 telah diadakan pada 24 Januari 2015 iaitu pada hari Sabtu bertempat di Dewan Wawasan SKPTM. Program ini melibatkan semua barisan kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Ahli Jawatankuasa yang mewakili Unit Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan serta 1 Murid 1 Sukan. Program ini telah disempurnakan oleh motivator yang telah dijemput khas dari SMK Vokasional, Taiping.









Saturday, January 17, 2015

PENATARAN PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN ( LADAP )

Kursus Penataran Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan telah diadakan pada 16 Januari 2015 ( Jumaat ) bertempat di Bilik Komputer SKPTM. Kursus penataran ini telah disampaikan oleh Pn. Juriah binti Abu Bakar, Guru Besar SKPTM. Kursus ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat tentang satu lagi agenda negara berkaitan dengan penilaian kompetensi guru bersandarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.