Friday, November 21, 2014

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014

Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2014 telah diadakan dengan jayanya pada 19 November 2014 yang lalu.Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Norehan binti Yusof iaitu Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pendidikan Daerah LMS merangkap mantan Penghulu SK (P) Treacher Methodist, Taiping. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengikhtiraf kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai oleh murid - murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Majlis ini juga telah memberi pengikhtirafan kepada murid - murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan dan teladan terpuji. Pihak sekolah dengan juga mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga majlis ini terus dapat memberi semangat kepada murid - murid untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.

Barisan Pentadbir, Perasmi dan Jawatankuasa PIBG

Ucapan Guru Besar, Pn. Juriah bt Abu Bakar

Ucapan Perasmian oleh Pn. Norehan bt Yusof

Koir Lagu Sekolah dan Perak Di Puncak Kecemerlangan

Penyampaian Cenderamata Perasmi

Persembahan Action Song

Penyampaian Anugerah Cemerlang Akademik

Penyampaian Anugerah Cemerlang Mata Pelajaran

Persembahan Nasyid

Persembahan Retro " Bila Bunga Berkembang "

Anugerah Tokoh Teladan Terpuji

Anugerah Tokoh 1 Murid 1 Sukan

Anugerah Tokoh Kokurikulum

Anugerah Tokoh Pelajar


Thursday, November 20, 2014

SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2014

Sambutan Hari Kanak - kanak Peringkat Sekolah bagi Tahun 2014 telah dijalankan pada 18 November 2014 dengan jayanya. Program dimulakan dengan Raptai Majlis Anugerah Cemerlang oleh murid - murid yang akan menerima anugerah pada Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2014 pada 19 November 2014. Sambutan Hari Kanak - kanak ini juga diikuti dengan jamuan makan bersama murid.

Sunday, November 2, 2014

HARI USAHAWAN SKPTM 2014

Alhamdulillah, selesai sudah Hari Usahawan SKPTM bagi Tahun 2014 dengan jayanya pada 1 November 2014 (Sabtu) yang lalu. Terima kasih tidak terhingga kepada barisan Pentadbir Sekolah, Jawatankuasa PIBG, barisan guru-guru, ibu bapa, pekerja swasta, murid - murid serta individu - individu yang telah bertungkus - lumus secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Usahawan ini. Semoga segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan membawa kebaikan kepada semua pihak. Semoga bertemu lagi Hari Usahawan seterusnya pada Tahun 2016, Insya Allah....