Friday, February 28, 2014

MAJLIS PERSARAAN PN.TEH LAY SIE DAN PERPISAHAN PN.HJH.NOOR AKMA BT YACOP

Majlis Persaraan Pn. Teh Lay Sie dan perpisahan Pn. Hjh. Noor Akma bt Yacop telah diadakan pada 28 Februari 2014 ( Jumaat ). Majlis berjalan dengan sangat lancar dimulai dengan jamuan untuk meraikan kedua-dua guru yang sangat berjasa pada agama, bangsa dan negara. Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Murid, diikuti dengan Ucapan Wakil Guru seterusnya Ucapan Guru Besar. Kedua - dua insan ini juga telah menyampaikan ucapan perpisahan sebagai tanda ingatan kepada semua murid dan warga pendidik di SKPTM. Pn. Teh Lay Sie telah bersara secara rasminya pada 1 Mac 2014 manakala Pn. Hjh. Noor Akma telah berpindah ke SK Taman Jana pada 2 Januari 2014 yang lalu. Semoga kedua-dua insan sentiasa sihat disamping keluarga tersayang. Selamat Bersara kepada Pn. Teh Lay Sie dan Selamat Berpisah kepada Pn. Hjh. Noor Akma bt Yacop. Semoga kita bertemu lagi.....











Wednesday, February 26, 2014

LATIHAN PUSAT PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Latihan Pusat Badan Beruniform untuk ke peringkat negeri akan diadakan di SK Asam Kumbang pada 1- 2 Mac 2014 ( Sabtu - Ahad ). Murid yang terlibat ialah adik Nur Nabilah Huda binti Zulkurnain. Selamat menjalani latihan.

CERAMAH KEBERSIHAN DIRI DAN BASMI KUTU

Ceramah Kebersihan Diri dan Basmi Kutu telah diadakan pada 25 Februari 2014 ( Selasa ) bertempat di Dewan Sekolah SKPTM. Ceramah ini disampaikan oleh doktor dari Hospital Taiping. Banyak informasi yang telah disampaikan. Semoga semua murid meningkatkan penjagaan kebersihan diri setiap masa.






Monday, February 24, 2014

KEJOHANAN HOKI MSSD PERINGKAT DAERAH LMS

Kejohanan Hoki MSSD Peringkat Daerah LMS telah diadakan di Padang SMK Dato' Burhanuddin pada 22 Februari 2014 ( Sabtu ). Pasukan sekolah telah layak ke peringkat separuh akhir pada 1 Mac 2014 ( Sabtu ). Tahniah diucapkan!

Sunday, February 23, 2014

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH LMS

Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Daerah LMS telah diadakan pada 21 - 22 Februari 2014 (Sabtu - Ahad ) di Pusat Kokurikulum Sg. Siputeh , Rantau Panjang, Selama. Seramai 4 orang murid telah menyertai perkhemahan ini iaitu Nuradlina Husna bt Jamil dan Hanis Maisarah bt Husni dari Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia ( PPIM ), Nabilah Huda bt Zulkurnain dan Nur Aina bt Rosli dari Unit Tunas Puteri.


















Saturday, February 22, 2014

PROGRAM BAI'AH MURID - MURID TAHUN 6

Program Bai'ah murid-murid tahun 6 telah diadakan pada 21 Februari 2014 ( Jumaat ) bermula pada 10.30 pagi bertempat di Dewan Sekolah SKPTM. Majlis bermula dengan pendaftaran ibu/bapa penjaga seterusnya diikuti dengan kata aluan dari pengerusi majlis, taklimat program sekolah oleh Guru Besar, Lafaz Bai'ah Murid Secara Umum, Penyerahan Bai'ah Murid kepada Guru Kelas seterusnya Penyerahan Bai'ah Murid kepada Ibu Bapa. Majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...













Friday, February 21, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 TAHUN 2014

Pada hari ini diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 bagi tahun 2014. Mesyuarat diadakan di Dewan Wawasan SK (P) Treacher Methodist, Taiping bermula pada 3.00 petang. Majlis telah dirasmikan Pn. Norehan bt Yusof  mewakili tuan Pegawai PPD En.Kamal bin Mansor, Pegawai Pendidikan Daerah ( PPD ) Pejabat Pendidikan Daerah LMS.