Saturday, February 1, 2014
Thursday, January 30, 2014
Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100
![]() |
Friday, January 24, 2014
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2014/1435H
Alhamdulillah..Pada tanggal 24 Januari 2014 bersamaan 23 Rabiul Awal 1435H (Jumaat), Jawatankuasa Badan Dakwah SK (P) Treacher Methodist telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah dengan jayanya yang bertemakan " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ".Ya Nabi Salam Alaika...Ya Rasul Salam Alaika..
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan Melukis Sepanduk antara kelas , berarak sambil selawat beramai - ramai, persembahan nasyid serta ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairol Ikhwan bin Mohd Yusoff.
| Sepanduk Kelas Tahun 1 |
| Sepanduk Kelas Tahun 2 |
| Sepanduk Kelas Tahun 3 |
| Sepanduk Kelas Tahun 4 |
| Sepanduk Kelas Tahun 5 |
| Sepanduk Kelas Tahun 6 |
| Berarak sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W |
| Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Khairol Ikhwan bin Mohd Yusof |
Friday, June 17, 2011
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-53
Thursday, May 5, 2011
SAMBUTAN HARI IBU SKPTM
Pada 6 Mei 2011, sekolah telah mengadakan sambutan hari ibu peringkat sekolah. Guru Besar telah menyampaikan sekuntum bunga kepada setiap guru SKPTM sebagai simbolik sambutan hari ibu. Kuntuman bunga yang diberi adalah tajaan dari Pn Kamariah selaku Pengerusi Kedai Buku. Terima kasih kepada pihak sekolah dan SELAMAT HARI IBU..
Wednesday, May 4, 2011
KARNIVAL SAINS (ZON)





Pada 3 Mei 2011, telah diadakan Karnival Sains peringkat Zon Kamunting di Sek Keb Ayer Puteh dan SK(P)TM telah turut serta menghantar wakil untuk mengambil bahagian di sana. Antara acara yang disertai adalah Science Storytelling dan Amali Sains. Dalam acara Storytelling SKPTM telah menjadi Johan Zon dengan penyampaian cerita yang bertajuk The Tadpole Look For Their Mother oleh adik Darshini dari kelas 3 Arif. Walaubagaimanapun peserta untuk Amali Sains iaitu Nurainsyafika dan Nur Adibah dari kelas 6 Arif tidak mendapat sebarang tempat. Tahniah diucapkan kepada adik Darshini, semoga dapat terus menjadi johan untuk peringkat seterusnya.
Monday, April 25, 2011
MESYUARAT PIBG KALI KE-38

Pada hari 11 Mac 2011, SK (P) Treacher Methodist,telah mengadakan mesyuarat agong PIBG kali ke- 38. Mesyuarat ini berlangsung pada pukul 3.00 petang di Dewan SK(P) TM ini dirasmikan oleh Datuk Shalimin Ahmad Bin Haji Ahmad Shaffie, Ketua Bahagian Umno Cawangan Taiping. Jawatankuasa PIBG dan Guru-Guru bagi sesi 2011/2012 adalah seperti berikut:
Penasihat : Pn Juriah Bt Abu Bakar
Yang Dipertua : Mejar Hairuddin Bin Hj Dimin
Naib Yang Dipertua : Encik Jamil Bin Derani
Setiausaha : Pn Masliha Bt Mahadzir
Naib Setiausaha : Cik Norilyana Bt Ishak
Bendahari : Pn Rosmiza Bt Makhpol
AJK (guru) : Ustaz Mohd Nasarudin Bin Yahya
Puan Nazila Bibi Bt Mohd Asraf
Puan Chia Hui Neo
AJK (ibu bapa) : Encik Nora Annuar Bin Kassim
Encik Abu Kasin Bin Hj Harun
Puan Hasma Linda Bt Mohamad Hassan
Puan Mashitah Bt Zakaria
