Wednesday, February 5, 2014
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG ZON KAMUNTING 2014
Kejohanan Balapan dan Padang Zon Kamunting 2014 telah berlangsung pada 11 - 14 Februari 2014 ( Selasa - Jumaat ) di SK King Edward VII ( 2 ). Adik Misha Najwa binti Abdul Rani ( Tahun 6 ) telah layak ke peringkat daerah untuk kategori P12 Lontar Peluru. Semoga adik Misha Najwa dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada semua murid yang telah menyertai kejohanan ini. Syabas diucapkan !
Saturday, February 1, 2014
Thursday, January 30, 2014
Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 kepada semua ibu bapa. Majlis dimulai dengan Ucapan Guru Besar, Pn. Juriah binti Abu Bakar seterusnya pengagihan wang bantuan oleh guru kelas tahun 1 hingga tahun 6 kepada semua ibu bapa yang hadir. Semoga wang yang diterima ini dapat membantu meningkatkan motivasi murid - murid untuk belajar dengan lebih tekun dan bersungguh - sungguh.
![]() |
Friday, January 24, 2014
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2014/1435H
Alhamdulillah..Pada tanggal 24 Januari 2014 bersamaan 23 Rabiul Awal 1435H (Jumaat), Jawatankuasa Badan Dakwah SK (P) Treacher Methodist telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah dengan jayanya yang bertemakan " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ".Ya Nabi Salam Alaika...Ya Rasul Salam Alaika..
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan Melukis Sepanduk antara kelas , berarak sambil selawat beramai - ramai, persembahan nasyid serta ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairol Ikhwan bin Mohd Yusoff.
| Sepanduk Kelas Tahun 1 |
| Sepanduk Kelas Tahun 2 |
| Sepanduk Kelas Tahun 3 |
| Sepanduk Kelas Tahun 4 |
| Sepanduk Kelas Tahun 5 |
| Sepanduk Kelas Tahun 6 |
| Berarak sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W |
| Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Khairol Ikhwan bin Mohd Yusof |
Friday, June 17, 2011
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-53
Pada 17 Jun 2011 (Jumaat) telah berlangsung Acara Kojohanan Balapan dan Padang kali ke-53. Segala perancangan telah berjalan dengan lancar. Acara ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Aminudin Bin Mhd. Nor, Penolong PPD (Pembangunan dan Bekalan) Daerah Larut Matang Selama. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau untuk merasmikan Acara Kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini.
Ahli Lembaga Pengurus, PIBG, Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, murid-murid dan kakitangan SKPTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Acara Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah kali ke-53.
Sekilas Pandang....
Setiausaha Sukan bagi sesi 2011, Pn Norhasni bt Sulaiman
Antara guru yang menjayakan Acara Kejohanan
Acara 4 X 100 antara SK Klian Pauh dan SK Sultan Yussuf AMDR
Keputusan keseluruhan yang dimenangi oleh Rumah Jakaranda..TAHNIAH!
Pete O'Neill dari Rumah Semarak telah menjadi Olahragawati bagi Tahun 2011
Thursday, May 5, 2011
SAMBUTAN HARI IBU SKPTM
Pada 6 Mei 2011, sekolah telah mengadakan sambutan hari ibu peringkat sekolah. Guru Besar telah menyampaikan sekuntum bunga kepada setiap guru SKPTM sebagai simbolik sambutan hari ibu. Kuntuman bunga yang diberi adalah tajaan dari Pn Kamariah selaku Pengerusi Kedai Buku. Terima kasih kepada pihak sekolah dan SELAMAT HARI IBU..
Ibu & Anak
Sebahagian guru yang menerima kuntuman bunga dari Guru Besar



Pada 6 Mei 2011, sekolah telah mengadakan sambutan hari ibu peringkat sekolah. Guru Besar telah menyampaikan sekuntum bunga kepada setiap guru SKPTM sebagai simbolik sambutan hari ibu. Kuntuman bunga yang diberi adalah tajaan dari Pn Kamariah selaku Pengerusi Kedai Buku. Terima kasih kepada pihak sekolah dan SELAMAT HARI IBU..
Wednesday, May 4, 2011
KARNIVAL SAINS (ZON)





Pada 3 Mei 2011, telah diadakan Karnival Sains peringkat Zon Kamunting di Sek Keb Ayer Puteh dan SK(P)TM telah turut serta menghantar wakil untuk mengambil bahagian di sana. Antara acara yang disertai adalah Science Storytelling dan Amali Sains. Dalam acara Storytelling SKPTM telah menjadi Johan Zon dengan penyampaian cerita yang bertajuk The Tadpole Look For Their Mother oleh adik Darshini dari kelas 3 Arif. Walaubagaimanapun peserta untuk Amali Sains iaitu Nurainsyafika dan Nur Adibah dari kelas 6 Arif tidak mendapat sebarang tempat. Tahniah diucapkan kepada adik Darshini, semoga dapat terus menjadi johan untuk peringkat seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




