Friday, June 17, 2011
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-53
Thursday, May 5, 2011
SAMBUTAN HARI IBU SKPTM
Pada 6 Mei 2011, sekolah telah mengadakan sambutan hari ibu peringkat sekolah. Guru Besar telah menyampaikan sekuntum bunga kepada setiap guru SKPTM sebagai simbolik sambutan hari ibu. Kuntuman bunga yang diberi adalah tajaan dari Pn Kamariah selaku Pengerusi Kedai Buku. Terima kasih kepada pihak sekolah dan SELAMAT HARI IBU..
Wednesday, May 4, 2011
KARNIVAL SAINS (ZON)





Pada 3 Mei 2011, telah diadakan Karnival Sains peringkat Zon Kamunting di Sek Keb Ayer Puteh dan SK(P)TM telah turut serta menghantar wakil untuk mengambil bahagian di sana. Antara acara yang disertai adalah Science Storytelling dan Amali Sains. Dalam acara Storytelling SKPTM telah menjadi Johan Zon dengan penyampaian cerita yang bertajuk The Tadpole Look For Their Mother oleh adik Darshini dari kelas 3 Arif. Walaubagaimanapun peserta untuk Amali Sains iaitu Nurainsyafika dan Nur Adibah dari kelas 6 Arif tidak mendapat sebarang tempat. Tahniah diucapkan kepada adik Darshini, semoga dapat terus menjadi johan untuk peringkat seterusnya.
Monday, April 25, 2011
MESYUARAT PIBG KALI KE-38

Pada hari 11 Mac 2011, SK (P) Treacher Methodist,telah mengadakan mesyuarat agong PIBG kali ke- 38. Mesyuarat ini berlangsung pada pukul 3.00 petang di Dewan SK(P) TM ini dirasmikan oleh Datuk Shalimin Ahmad Bin Haji Ahmad Shaffie, Ketua Bahagian Umno Cawangan Taiping. Jawatankuasa PIBG dan Guru-Guru bagi sesi 2011/2012 adalah seperti berikut:
Penasihat : Pn Juriah Bt Abu Bakar
Yang Dipertua : Mejar Hairuddin Bin Hj Dimin
Naib Yang Dipertua : Encik Jamil Bin Derani
Setiausaha : Pn Masliha Bt Mahadzir
Naib Setiausaha : Cik Norilyana Bt Ishak
Bendahari : Pn Rosmiza Bt Makhpol
AJK (guru) : Ustaz Mohd Nasarudin Bin Yahya
Puan Nazila Bibi Bt Mohd Asraf
Puan Chia Hui Neo
AJK (ibu bapa) : Encik Nora Annuar Bin Kassim
Encik Abu Kasin Bin Hj Harun
Puan Hasma Linda Bt Mohamad Hassan
Puan Mashitah Bt Zakaria
BOWLING

Pada bulan Febuari 2011 satu pertandingan bowling peringkat MSSD telah diadakan di pusat bowling Plaza Perbandaran Taiping. Pertandingan ini meliputi kategori,perempuan & lelaki bawah 12 tahun,perempuan & lelaki bawah 15 tahun dan juga perempuan & lelaki bawah 18 tahun.Dalam pertandingan ini,SK (P) Treacher Methodist telah menghantar 4 orang murid iaitu Tanushah, Ummi Farhana, Fatin Nurhaziqah dan ‘Alyaa Asyrofill. Pertandingan ini terbahagi kepada dua iaitu acara individu dan masters. Fatin Nurhaziqah dan Alyaa Asyrofiil telah berjaya memasuki acara masters.dalam acara ini Alyaa Asyrofiil mendapat tempat keempat manakala Fatin Nurhaziqah binti sabri pula mendapat tempat yang keenam
GOLF

Pelajar tahun 6, Nur Aisyafika Binti Abdul Rahman telah mewakili sekolah di dalam pertandingan Golf peringkat daerah Larut Matang dan Selama. Beliau telah memperoleh tempat keempat. Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 22 dan 23 Februari 2011 bertempat di Kelab Golf Kinta, Batu Gajah, Perak. Pertandingan bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Jurulatih beliau adalah Encik Jerry,Encik Fuad dan ayah beliau sendiri iaitu Encik Abdul Rahman Bin Ali. Beliau telah mendapat tempat pertama di pertandingan peringkat daerah Larut Matang dan Selama pada 27 Januari 2011 bertempat di Taiping Golf Resort, Kamunting, Perak.
BOLA JARING (ZON)

Pertandingan bola jaring telah berlangsung pada 3 Mac 2011 bertempat di SK Kamunting. Berikut adalah keputusan permainan. Seramai 12 murid telah mewakili sekolah dan diiringi oleh Pn Masliza, Pn Masliha dan Pn Rozita. Pasukan sekolah telah menjadi johan untuk kumpulan D. Walaubagaimanapun, pasukan sekolah tewas tipis pada peringkat seterusnya.
SKPTM ( 2 ) VS SJKT Kamunting ( 1 )
SKPTM ( 6 ) VS SK Ulu Sepetang ( 0 )
SKPTM ( 1 ) VS SK Pondok Tanjung ( 0 )
SKPTM ( 3 ) VS SK Taman Panglima ( 4 )
PERTANDINGAN BOLA BALING (ZON)

Pada 2 Februari 2011,telah diadakan Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon Kamunting yang bertempat di SMK King Edward VII-2,Taiping. Pasukan sekolah bersama jurulatih bola baling iaitu Puan. Rosmiza bt Makhpol dan Puan. Fatimah bt Yaacob telah menewaskan pasukan SK Ulu Sepetang dengan kemenangan 6 berbalas 2. Walaubagaimanapun, pasukan sekolah telah tewas tipis dengan pasukan dari SK Taman Jana dan SK Long Jaafar. Diharap pasukan bola baling sekolah pada tahun hadapan akan lebih cemerlang.
PERLANTIKAN PENGAWAS

Perasmian Perlantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 14 Februari 2011 . Bilangan pengawas sekolah ialah 30 orang manakala bilangan pengawas pusat sumber ialah 26 orang . Ketua Pengawas Sekolah ialah Gathlyn Kaur dan Ketua Pengawas Pusat Sumber ialah Nur Khalidah Bt Azlie . Para pengawas berjanji dan berikrar akan sentiasa menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.