Monday, April 25, 2011

BOWLING

Pada bulan Febuari 2011 satu pertandingan bowling peringkat MSSD telah diadakan di pusat bowling Plaza Perbandaran Taiping. Pertandingan ini meliputi kategori,perempuan & lelaki bawah 12 tahun,perempuan & lelaki bawah 15 tahun dan juga perempuan & lelaki bawah 18 tahun.Dalam pertandingan ini,SK (P) Treacher Methodist telah menghantar 4 orang murid iaitu Tanushah, Ummi Farhana, Fatin Nurhaziqah dan ‘Alyaa Asyrofill. Pertandingan ini terbahagi kepada dua iaitu acara individu dan masters. Fatin Nurhaziqah dan Alyaa Asyrofiil telah berjaya memasuki acara masters.dalam acara ini Alyaa Asyrofiil mendapat tempat keempat manakala Fatin Nurhaziqah binti sabri pula mendapat tempat yang keenam

No comments:

Post a Comment