Monday, February 10, 2014

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Majlis Perasmian dan Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber ( PSS ) telah sempurna dilaksanakan pada hari ini bersamaan 10 Februari 2014 ( Isnin ) bertempat di Dewan Sekolah. Penyampaian Watikah telah disampaikan oleh Pn. Jamilah binti Zakaria iaitu Pegawai Pendidikan Daerah ( PPD ) dari Unit Latihan Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Bacaan Ikrar telah disempurnakan oleh Ketua Pengawas Sekolah iaitu adik Intan Nurasyiqin binti Fauzi dari kelas 6 Arif. Tahniah kepada semua Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang telah menerima watikah pada hari ini serta dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Ucapan oleh Pn. Juriah binti Abu Bakar 
Guru Besar SKPTM

Ucapan Perasmian oleh
Pn. Jamilah binti Zakaria

Upacara Perasmian disempurnakan oleh
 Pn. Jamilah binti Zakaria
Penyampaian Watikah


Bacaan Ikrar Pengawas Sekolah dipimpin oleh adik Intan Nurasyiqin binti Fauzi


Bacaan Ikrar Pengawas Pusat Sumber Sekolah dipimpin oleh adik Annalyn David Sakinol

No comments:

Post a Comment